November 19, 2011

KONVOKESYEN PSSCM 2011 ZON TIMUR


AlhamduLillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, karomah ibu serta hikmah bapa, ahli-ahli tamat PSSCM UMP yang mengambil Ujian Sijil Rendah (USR) lulus dengan jayanya.

Seramai 21 orang ahli tamat PSSCM UMP yang mengambil USR pada tahun ini menghadiri konvokesyen PSSCM 2011 zon timur. Tahniah diucapkan kepada semua ahli USR yang berjaya konvokesyen pada tahun ini. Tahniah juga diucapkan kepada penerima sijil rendah (kepujian) iaitu Raja Mohamad Hanis Bin Raja Ismail dan Shazwani Binti Ibrahim.

Diharap penerima sijil rendah akan terus bergiat aktif didalam PSSCM UMP.

November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


AlhamduLillah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, karomah ibu serta hikmah bapa,kita dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ahli PSSCM , kepada YDP Pahang dan barisan ahli jawatankuasa cawangan Pahang, tenaga-tenaga pengajar kami yang tidak pernah penat lelah mengajar, ahli-ahli di kelas latihan Universiti Malaysia Pahang, kelas latihan UiTM Jengka, Uniten, Polisas, Kptm, Ikip kepada semua ahli seluruh negara samada yang mengenali mahupun tidak.


October 30, 2011

PROGRAM INTERAKSI PSSCM

Alhamdulillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita.karomah ibu serta hikmah bapa, kita dapat menjayakan program interaksi bersama ahli-ahli asas PSSCM UMP kampus Pekan dan juga Gambang. Program ini diadakan bagi merapatkan ukhuwah diantara ahli PSSCM UMP dan juga untuk berekreasi bersama-sama pada hujung minggu.

Tarikh: 30hb Oktober 2011
Tempat: Taman Gelora dan rumah cawangan PSSCM Pahang

Pelbagai aktiviti riadah yang dijalankan mengikut tentatif program seperti explorace dan permainan seperti bola tampar, bola beracun dan futsal. Pada sebelah malamnya pula, ahli-ahli PSSCM UMP menyediakan juadah makan malam bersama-sama dan menu utama adalah barbeque ayam dan kambing.

Semoga program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara ahli PSSCM UMP dan dapat memberi banyak input untuk dikongsi bersama. Penyertaan terhadap program interaksi pada kali ini amat memberansangkan. Diharap pada masa akan datangkita dapat melaksanakan program seumpama ini dan ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama ahli-ahli PSSCM UMP yang manjayakan program kali ini.











October 15, 2011

JEMPUTAN KE DINNER UITM JENGKA


AlhamduLillah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, karomah ibu serta hikmah bapa,ahli-ahli PSSCM UMP dapat menghadirkan diri ke majlis makan malam yang dianjurkan PSSCM UITM Jengka pada 15hb Oktober yang lalu.

September 24, 2011

Pengambilan Ahli Baru PSSCM UMP ( Kampus Gambang )


Alhamdulillah....

PSSCM UMP kali ini berjaya mengadakan program pengambilan ahli baru pada Hari Terbuka Kelab dan Persatuan anjuran MPP 2011. Program yang berlangsung di kampus Gambang semalam berjaya mendapatkan sambutan yang hangat daripada para pelajar ump dan ahli-ahli persatuan. Tahniah juga diucapkan atas kemenangan tempat pertama bagi booth Kelab dan Persatuan Tercantik.


Booth PSSCM UMP



July 16, 2011

Rehlah dan Majlis Perpisahan Ahli PSSCM 2011

Tarikh : 17 April 2011
Masa : 2.00 petang - 11.00 malam
Tempat: Pantai Sepat dan rumah tenaga pengajar


Alhamdulillah..
Pada tarikh tersebut,PSSCM UMP berjaya mengadakan program rehlah bagi mengeratkan hubungan sesama ahli sebelum cuti semester bermula. Melalui program ini,kami dapat meluangkan masa bersama-sama dan melakukan aktiviti riadah bersama-sama.

Setelah program pada petang tersebut selesai, kami semua bergerak ke rumah tenaga pengajar bagi menyelengarakan majlis perpisahan pada waktu malamnya. Seramai 6 orang ahli Psscm telah tamat pengajian di ump antaranya ialah:

1. Tengku Hamizan Bin Tuan Muda
2. Noor Asyikin Binti Ahmad Shuhaimi
3. Ummi Najwa Binti Maulad
4. Maziah Binti Awang
5. Nur Athirah Binti Hamdan
6. Arniati Binti Mohd Abidin

May 4, 2011

Ujian Sijil Rendah PSSCM 2011 Peringkat Zon Pantai Timur


Ahli-ahli tamat yang mengambil USR


Barisan tenaga pengajar


Pada 8 dan 9 April 2011, Ujian Sijil Rendah Peringkat Zon Pantai Timur tahun 2011 telah diadakan di blok X dan Y, Universiti Malaysia Pahang. Peserta-peserta yang mengambil ujian ini terdiri daripada ahli-ahli tamat dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Program Ujian Sijil Rendah PSSCM peringkat zon Pantai Timur ini merupakan salah satu program rasmi yang menjadi agenda tahunan PSSCM. Ianya diadakan sekali setiap tahun dan ini merupakan kali ketiga diadakan di Universiti Malaysia Pahang.

Dalam program ini, para penuntut silat cekak akan diuji ketahanan fizikal dan mental selain diberi pendedahan tentang strategi mempertahankan diri. Selain itu, penuntut juga dapat mendalami dan lebih memahami sejarah seni silat cekak. Ia juga merupakan salah satu medium terbaik untuk memantapkan lagi kesatuan dan berkenal-kenalan antara ahli-ahli silat cekak yang lain bagi peringkat zon Pantai Timur.